Sabtu, 25 Jun 2011

pendedahan!

Bismillah walhamdulillah..

Sudah lama aku tidak membuat post yang terbaru. Akan tetapi, laman ini selalu aku jenguk walaupun tidak membuat apa2 post. Membaca post terbaru sahabat2 dan figure2 yang aku minati sangat menarik. Kelihatan mereka mempunyai banyak idea untuk disampaikan.

Alhamdulillah...Allah memberi lagi aku kesempatan untuk berada di sini dan masih bernafas dalam rahmat Ilahi mudah-mudahan. Kali ini, aku ingin membuat perkongsian tentang lagu2 yang kerap kali diputar di corong2 radio. Memandangkan aku sekarang dalam lapangan belajar sambil bekerja, sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam masyarakat dapat aku rasai walaupun sedikit.

Satu sahaja contoh lagu yang kerap kali diputarkan di stesen radio tempatan. Aku terfikir DJ radio atau pun pihak atasan mahupun para pendengar tidak menyedari akan hal ini. Ia lah, sambil2 pandu kereta, terdengar lagu rancak pula, tanpa mengetahui akan isi liriknya. Orang sekarang cakap, layan je.

'On the Floor', nyanyian Jennifer Lopez dan Pitbull. Secara umumnya, aku melihat lagu ini merupakan lagu yang diputarkan di kelab2 malam atau pun orang kita lebih popular dengan term disco. Dalam lirik lagu ini terdapat perkataan vodka. Vodka adalah sejenis arak yang mana kandungan alkoholnya sebanyak 38%(wikipedia).

Urm, kesimpulannya, kita dah ada radio alternatif..dengarlah radio ikim fm =)


Cuba kita lihat bagaimana liciknya strategi mereka untuk melemahkan umat manusia. Jika pada zaman Arab sebelum Islam(jahiliyah) dahulu 3 perkara menjadi keutamaan wine, war & women. Persoalannya, adakah 3 perkara ini juga menjadi keutamaan pada zaman ini? Hal ini sebenarnya telah terbukti pada zaman ini akan kewujudan jahiliyah di abad moden. Bahkan Prof Dr Israr Ahmad Khan, Kulliyyah Qur'an dan Sunnah UIAM mengatakan jahiliyyah abad ini lebih teruk daripada jahiliyyah zaman Arabia sebelum kedatangan Islam. Contohnya, eksploitasi wanita dalam pertandingan ratu cantik(Miss World, Miss Universe etc.), iklan2 dan sebagainya.

Wanita2 yang dipergunakan ini tidak menyedari bahawa mereka dijadikan suatu bisnes dan memberikan keuntungan kepada pihak penganjur.

Alangkah dasyatnya jika perkara ini berterusan sehingga ke generasi yang akan datang. Tolonglah, apa peranan kita dalam hal ini?

Please do da'wah! By any means. For future generation!
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan