Bismillah walhamdulillah...
Dalam meniti hari-hari yang hanya Allah yang Maha mengetahui akan apa yang bakal berlaku, perasaanku tenang berada dalam perlindunganNya. Aku yakin bahawa Allah sentiasa bersamaku dan memerhatikanku. 'ana 'inda zanni 'abdi bi'. 'Aku di atas sangkaan hamba-hambaKu'. Begitulah hadith Qudsi yang aku ingat semenjak dari sekolah hingga aku catat dalam buku notaku. Ingatan ini ku simpan kemas. Setiap kali ujian menyinggah, hadith qudsi inilah yang akan aku ingat.
Pernah suatu masa aku berasa takut untuk berhadapan dengan realiti yang berlaku di depan mataku. Antara realiti yang tak terjangkau dalam pemikiranku adalah mempunyai pelajar daripada kaum lain, mengajar mengaji orang yang lebih tua daripadaku dan sebagainya. Selama ini, aku hanya berfikir 'sepatutnya'. Apakah maksudnya itu?
Sepatutnya, orang yang lebih tua wajar menunjukkan contoh yang baik kepada orang yang lebih muda, sepatutnya dia menghormati seorang guru dan berbagai-bagai lagi 'sepatutnya' yang aku fikir sebelum ini. Padahal di alam realiti tidaklah begitu.
Oleh hal yang demikian, aku menasihatkan diriku sendiri dan pembaca agar berani berhadapan dengan alam realiti kerana itulah keadaan yang sebenar. Berpijaklah di bumi yang nyata. Hentikan pemikiran 'sepatutnya' yang tiada kesudahan dan akhirnya membuat kita letih untuk memikirkannya. Bimbinglah diri anda dan orang sekeliling anda ke arah kebaikan.
Allah memegang hati2 manusia. Allah mampu membolak-balikkan hati manusia. Kita tidak mampu untuk mengubah seseorang seperti yang Allah kehendaki. 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah keadaan mereka sendiri'(Al-Ra'd:11). Pokok pangkalnya berbalik kepada diri kita sendiri.
Akan tetapi jangan dilupa peranan kita untuk saling ingat mengingatkan dengan cara yang baik sesama manusia melalui pelbagai jalan yang telah tersedia. Manfaatkan teknologi yang ada. Semoga usaha2 peringatan ini berterusan agar kita sentiasa berada di bawah keredhaan Ilahi.
wallahualam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan