Khamis, 19 Mei 2011

Pengalaman di konvensyen mahasiswa 2011..

Bismillah walhamdulillah...



Penyertaan aku dalam konvensyen mahasiswa 2 hari lalu menemukan aku dengan dua orang tokoh akademik. Prof. Dr. Hasan Hasan Hasbullah dan Prof. Dr. Muhaya. Banyak input yang aku dapat. Prof Dr. Hasan membentangkan 'REALITI DI MALAYSIA'. Beliau menjangkakan laman sosial seperti facebook, blogs, twitter dan sebagainya akan mendominasi media2 yang sedia ada contohnya seperti televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya. Oleh itu, mahasiswa seharusnya menggunakan laman sosial yang ada sebaiknya untuk kepentingan masyarakat dan negara.


Walaupun bahasa yang disampaikan agak tinggi, isu yang diketengahkan sekitar apa yang berlaku di negara kita pada hari ini. Contohnya, politik yang ingin menjatuhkan pihak lawan dengan cara yang kotor, kenaikan harga barangan di pasaran, gejala sosial yang semakin meningkat dan sebagainya. Realitinya, rakyat menjadi takut untuk berada di negara sendiri berikutan pelbagai kes yang meragut keselamatan awam tak terjamin. Beliau turut mengaitkan peranan anak muda dalam sejarah yang mampu mengubah masa depan negara.


Semasa berada di dalam LRT ke Gombak baru2 ini, aku sempat berbual-bual dengan seorang wanita mangsa ragut. Beliau mengisahkan, ketika itu, beliau dan suaminya berada di atas motor, suaminya memandu. Tiba2 ada 2 buah motosikal datang dari arah belakang dan menarik handbeg si isteri. Si suami tidak mampu berbuat apa2 kerana ingin melindungi nyawa kedua2 mereka dan jumlah peragut adalah seramai empat orang. Akhirnya handbeg tersebut berjaya ditarik. Alhamdulillah, tiada kesan luka katanya. Walaubagaimanapun semua sekali termasuk kad bank mesti dibuat baru. Ya Allah, di mana hati nurani manusia hari ini. Paling menyedihkan realiti ini berlaku di Malaysia.



Kisah di atas adalah kisah yang aku dengarnya sendiri. Bagaimana pula dengan kisah pembuangan bayi yang semakin meningkat dari hari ke hari. Tak termasuk lagi kes bunuh diri. Dalam konvensyen tersebut juga ditunjukkan satu video berkenaan dengan jambatan terpanjang di dunia yang terletak di San Francisco USA. Semasa pembinaanya pada tahun 1940-an dahulu, rakyatnya amat berbangga kerana negara mereka mempunyai jambatan terpanjang tersebut. Akan tetapi, pada hari ini, jambatan tersebut dijadikan tempat membunuh diri oleh rakyatnya berikutan lemahnya kekuatan dalaman dan tidak mampu menangani masalah yang dihadapi.



Sahabat2 sekalian, apalah gunanya kemajuan dan pembangunan sekiranya ramai lagi yang hidup dalam kesusahan dan manusia tidak lagi mempedulikan hal dan perasaan orang lain? Masing2 bersifat individualistik dan materialistik. Bukankah di dunia ini, kita memerlukan antara satu sama lain. Untuk saling memperingati, saling menasihati dan saling berkasih sayang. Kita bukannya mesin yang hanya tahu menerima arahan dan membuat seperti yang disuruh. Kita adalah manusia yang mempunyai hati yang penuh dengan cinta dan kasih sayang. Haiwan sendiri mempunyai sifat penyayang. Contoh terdekat bagaimana kucing menyusui anak2nya, begitu juga lembu turut menyusui dan menjaga anaknya. Sekiranya manusia tiada sifat ini, maka apa yang dapat dikatakan ialah manusia yang hilang sifat cinta dan kasih sayang ini adalah lebih teruk daripada haiwan. Nauzubillah.



Bagaimana kita ingin mengubah keadaan2 yang berlaku pada hari ini. Dr. Muhayya berpesan, setiap hari cuba fikirkan apa yang dapat aku berikan kepada orang lain pada hari ini. Walau sekecil mana pun, sekiranya kita niatkan kerana Allah, maka ia dikira ibadah. Mudah-mudahan sifat kasih sayang dan belas kasihan masih subur dalam hati kita rakyat Malaysia untuk membentuk negara Malaysia ke arah negara aman dan makmur.



Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan