Bismillah walhamdulillah..
Dalam kesempatan ini aku ingin mencoretkan pengalaman berhadapan dengan seorang pelajarku. Sedikit latar belakang pelajar perempuan bijak dan matang ini. Berumur 9 tahun. Tapi tak nak mengaku dirinya dah berumur 9 tahun. Katanya," i'm still 8 years old teacher. On 28th May i will become 9". Ok lah. Cikgunya mendengar sahaja celoteh pelajarnya.
Cikgu bertanya kepada anak murid, borak2 setelah beberapa minit belajar. Leisure talk. 'Do you like someone'? Pelajar menjawab beberapa kenalan yang diminati. Tapi itu dulu. Ok sekarang kamu minat siapa? Nak tahu pelajar jawab apa..."Teacher, I like Justin Bieber". My friend went to his concert. I felt very jealous. Huh! pelajar darjah 3.
Jadi, berapa ramai lagi Justin Bieber yang akan lahir selepas ini? Kemasukan artis Barat ke negara ini amat membimbangkan. Bagi orang dewasa yang dapat berfikir dan membezakan yang baik dan buruk, mungkin kedatangan artis Barat bukan lah perkara serius. Akan tetapi, bagaimana kesannya kepada anak2 kecil yang akan melihat contoh2 di depan mata dan menirunya. Bahkan menjadikan contoh2 tersebut sebagai idola. Pernah dengar tak kata2 ini, 'sekiranya kamu ingin melihat generasi masa hadapan, maka lihatlah generasi pada hari ini'.
Ya Allah, jadikan lah generasi hari ini generasi yang terdidik dan berilah kekuatan kepada kami untuk menghadapi segala rencana orang2 yang tidak ingin melihat hukum Islam berada di atas.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan