Selasa, 19 April 2011

warna-warni hidupku ^^

Bismillah walhamdulillah...


Hari ini, aku menemani mama yang kusayangi ke rumah kawannya. Bukan main lagi ma ye^^ Bila berjumpa dengan kawan yang sama2 meminati bunga. Aku hanya memerhati gelagat mereka. Sangat seronok tengok ma gembira. Katanya, inilah minatnya dan hiburannya. Aku sendiri, tak berapa minat dengan bunga sebenarnya..hehe. ma pun dah faham aku. Aku pergi sekadar menemani dan ingin dapatkan pahala ziarah serta menghubungkan silaturrahim dengan kawan ma. Rasa puas pun ada juga. Inilah khidmat yang dapat aku berikan kepada ibuku setakat ini. Mudah-mudahan Allah memberi aku kesihatan yang baik untuk memberi khidmat terbaik kepada ahli keluargaku.


Ahmad Hafizul Amin, adikku yang bongsu pula sedang dalam fatrah peperiksaan sekarang. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat aku memberikan tunjuk ajar kepadanya walaupun kakaknya tak ikut skema jawapan..hehe..sori dik. Jawapannya sama, cuma ayatnya berbeza.


Yang bongsu ni agak bimbang sedikit. Sebabnya, peperiksaan macam buat sambil lewa saja. Sampaikan jadual peperiksaan pun tak salin. Setiap hari selepas keluar pintu pagar sekolah, mesti kena tanya, "esok periksa apa?" "Ahmad lupa laa." Terkejut juga aku. Boleh dilupanya madah peperiksaan esok.. Aku pun apa lagi..dengan kuasa veto sebagai kakak sulung menyuruhnya pergi ke kelas untuk melihat subjek peperiksaan keesokannya.


Ahmad, Ahmad. Apa2 pun dia lah satu2nya mujahid dalam keluarga kami. Besar future projection kami terhadapnya. Semoga dia dapat menjadi sebutir permata yang berharga di saat manusia kehausan pembimbing, pemberi nasihat dan pemimpin yang berilmu lagi adil.


Ya Allah, luruskan kehidupan kami ke arah jalan yang Engkau redhai. Ameen.


Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan