Khamis, 31 Mac 2011

Bismillah walhamdulillah... Tinggal esok sahaja waktu untukku mengulangkaji pelajaran. Hari sabtu merupakan hari pertama peperiksaan yang ditunggu2. Persediaan? Alhamdulillah, perlukan mujahadah untuk menghabiskan sisa2 bab yang masih tak tersentuh. Moga Allah permudahkan segala urusanku. Suatu ketika dahulu aku berangan2 untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir. Setelah tamat pengajian SPM, aku ingin meneruskan pembelajaran ke tingkatan 6 bawah untuk ambil peperiksaan STAM. Pada waktu itu, aku fikir, hanya ini satu2nya peluang untukku ke Mesir dan mendalami ilmu agama. Kemudian balik ke Malaysia, berkongsi ilmu dan pengalaman bersama anak2 bangsa pula. Bagiku, ini adalah common practice bagi yang balik dari Mesir pada waktu itu.


Impian itu, aku simpan kemas dalam pemikiranku. Akan tetapi, dalam masa yang sama, aku juga apply untuk kemasukan ke universiti tempatan. Nak test market kononnya. Aku juga apply untuk kemasukan ke matrikulasi bidang perakaunan. Yang ni aku pohon atas saranan cikgu, sebab aku tidak berapa minat dengan akaun., minta maaf cikgu. Tak pasal2 cikgu pula yang masuk dalam blog ni =) Kedua2 permohonan aku diterima. Gembira tak terkata. Maklumlah, laku juga sijil aku rupanya walaupun keputusan tak de lah gempak mana ^_^ Lagi2 mama yang aku sayangi. Beliau sangat gembira aku mendapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, jurusan undang-undang. Wow, sangat bangga tu =) Tak nampak lain dah, bila grad nanti dapat jadi peguam. Ibuku sangat gembira. Maklumlah anak sulung. Beliau mengadakan majlis kesyukuran yang cukup besar untuk menyatakan kegembiraannya bahawa anaknya dapat tawaran ke universiti. Yang paling seronok bila orang tanya part 'dapat bidang apa?' Apa lagi dengan penuh perasaan menyatakan bidang undang2. Kata2 yang dapat digambarkan pada waktu itu ialah gembira dan seronok. Impian ke Mesir, waktu tu masih ada. Tapi, melihatkan wajah kegembiraan kedua ibu bapaku, aku fikir, tak apalah, seronok dah tengok ma dan abah gembira =) Impianku kekal impian.


Ceritanya bermula apabila aku mendaftar ke Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya. Aku sempat berada satu semester di situ. Kenangan yang cukup indah, tempatnya selesa, macam suasana kampus. Aku suka =) Mula2 berada di situ agak terkejut sebab dalam kelas jumlah lelaki lebih ramai daripada perempuan. Maklumlah aku datang dari sekolah yang semuanya perempuan. Situasi tu buat aku sedikit terkejut. Akan tetapi, aku kuatkan diri. Aku terima keadaan tersebut sebagai cabaran buat diriku. Di situ juga bermula episod orang yang ingin berkenalan personally denganku. Pelik juga aku pada waktu tu. Dah sekelas, buat apa nak berkenalan lagi. Apa2 cakap je kat kelas. Aku berterus terang dengannya dan alhamdulillah dia faham. Maaf ye kaitkan awak dalam blog ni ^_^


Alhamdulillah, Allah memberi aku kekuatan untuk menghadapi semua ujian sepanjang di PJ. Genap satu semester di PJ, pihak universiti mengarahkan kami berpindah ke Nilai. Untuk bidang Arts sahaja. Pelajar Laws, Bar, Irk, Econs, Hs dan Benl. Kami pun redha. Sekali lagi kedua ibu bapaku turun dari Kelantan untuk menghantarku ke tempat baru. Moga Engkau ampuni dosa mereka ya Allah. Mereka banyak berkorban untukku. bersambung~

2 ulasan:

  1. Setiap keputusan & tindakan membuahkan natijahnya. Moga2 natijahnya adalah manfaat & kebaikan.

    BalasPadam