Rabu, 30 Mac 2011

luahan rasa..

Bismillah walhamdulillah...

Post kali ni tak tau nak kategorikan sebagai ape. mungkin sekadar luahan. telusuri dan hayati..



aku tidak ingin melihat bangsaku punah dipengaruhi hedonisme melampau!



aku tidak ingin melihat bangsaku diselubungi individualisme dan materialisme!


aku tidak ingin melihat bangsaku terus hanyut dibuai arus pemodenan!


aku tidak ingin melihat bangsaku hancur!


aku tidak ingin melihat segala adat ketimuran bangsa ini musnah ditelan zaman!


aku tidak ingin melihat bangsaku jahil akan halal dan haram!


aku tidak ingin melihat agama ku dipermain-mainkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab!




di mana anak bangsaku yang teguh pegangannya?




di mana anak bangsaku yang telus mengamalkan titah perintah Tuhan dalam kehidupannya?


di mana anak bangsaku yang tegar mempertahankan agamanya di saat manusia hanyut dalam arus pemodenan?


di mana anak bangsaku di saat manusia amat memerlukan sentuhan didikannya?


di mana anak bangsaku yang berani dan teguh menyatakan pendiriannya?


Sedarlah kita wahai anak bangsa!


Hidup di zaman ini memerlukan kekuatan,


Kekuatan mental dan fizikal!


Bangkitlah dari angan2 kosong!


Berusahalah sedaya mungkin!


Untuk menerapkan nilai2 Islam dalam kehidupan!


Fahamilah Islam!


Kerana Islam adalah satu cara hidup!




Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan