Sabtu, 2 April 2011

Anna Karenina....

Alhamdulillah, misi menukar background dan template blog tercapai! Sempat lagi tu time2 exam ni ^_^. InshaAllah, tak ganggu waktu study pun.. cerita yang sebelum ni disambung kemudian inshaAllah. Tak de mood nak sambung lagi. Cuma kali ni mungkin nak post tentang tugasan yang pensyarah aku bagi untuk final exam nanti. Kira soalan bocor la ni ye? =) Lebih kurang la.


Ceritanya macam biasalah, dah aku study Sejarah mesti tentang sejarah. Tapi kali ni sejarah Russia. Tajuk cerita ni adalah Anna Karenina. Seorang wanita bangsawan yang mengahwini seorang lelaki yang agak berumur yang mempunyai jawatan dalam kerajaan. Jadi, dia tak ada masa sangat nak beri sepenuh perhatian kepada Anna. Suatu hari, ada seorang mamat ni, seorang askar, ada rupa, boleh kata pakej lengkap bagi seorang lelaki, jatuh cinta dengan si Anna ni. Walaupun dia dah tahu Anna dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Apa yang berlaku, dia meluahkan perasaannya kepada Anna dan cuba menggoda Anna. Rapuhnya hati seorang wanita, Anna turut membalasnya setelah menolak pada mulanya. Maka terjadilah perkara yang tidak sepatutnya bagi seorang yang bergelar isteri melakukan perbuatan yang tidak bermoral dari segi agama dan adat. Anna cuba meminta cerai daripada suaminya, akan tetapi suaminya tidak ingin melepaskannya kerana masih sayangkannya dan juga anaknya yang memerlukan seorang ibu. Walaupun Anna berusaha memberitahu bahawa dia menjalinkan hubungan dengan kekasihnya yang askar tu. Permasaalahannya menjadi complicated bila suaminya tidak ingin menceraikannya. Lalu, dia mengambil keputusan untuk melarikan diri dengan kekasihnya. Akan tetapi, bahagia mereka tidak lah lama. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Untuk makan sehari2, mereka tidak boleh hanya hidup dengan cinta. Mereka perlukan wang untuk makan. Jadi, si lelaki pun mula bekerja dan bersosial. Jika sebelum ini, mereka memencilkan diri, keadaan berubah apabila wang diperlukan. Dalam situasi ini, Anna sangat tertekan. Dia hanya mampu berada di rumah dan setiap malam Anna akan mengambil sejenis dadah dalam jumlah yang banyak, kononnya untuk melupakan masalah yang berlaku. Akan tetapi, pengakhiran hidupnya sangat tragis. Akibat pengambilan terlalu banyak dadah, dia menjadi khayal dan akhirnya dia membunuh diri di landasan kereta api. Tamat.



Tugasannya, bagaimana cara untuk berda'wah tentang Islam kepada watak2 dalam cerita ini? Agak mencabar juga, sebab aku kena bayangkan aku hidup pada zaman tu, abad ke-19 dan bagaimana pendekatanku terhadap mereka. Setakat ni, apa yang aku mampu fikir, mungkin untuk Anna, aku akan beri penjelasan tentang penyelesaian kepada permasalahannya melalui surat. Macam yang Rasulullah buat kepada Raja Najasyi pada waktu dahulu. Akan tetapi, pendekatanku mungkin lebih kepada memahami isi hatinya. Inilah Islam. It came with a solution. Problem dia ada penyelesaian sebenarnya.


Pengajaran daripada cerita ni adalah, kes isteri ada hubungan dengan orang lain ni dah ada dalam sejarah dan akibatnya pun da ada. Tinggal lagi sejauh mana kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. Tentang method of da'wah, kalau sesiapa ada cadangan boleh tinggalkan komen. Syukran kathir =)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan