Bismillah walhamdulillah..
Pada kali ini aku ingin menyatakan bahawa ada hikmahnya mengapa seorang lelaki dan seorang perempuan perlu menundukkan pandangannya. Aku kira umum mengetahui bahana tidak menjaga pandangan. Sesungguhnya Islam itu syumul dalam segala aspek kehidupan. Sehinggakan dalam hal2 perhubungan antara muslimin dan muslimat sangat dititikberatkan. Sekiranya Dr. Mahathir Mohamad mencanangkan wawasan 2020, maka Al-Qur'an diawal2 lagi telah berpesan ttg pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dalam surah an-nur ayt 30-31 diperintahkan kpd lelaki dan perempuan agar menundukkan pandangan mereka. Hal ini dikhuatiri kesan jangka masa panjang yang akan berlaku sekiranya persoalan pandangan tidak dijaga. Allah maha mengetahui akan perihal hamba2Nya. Islam bukanlah agama yang tertakluk pada masa2 tertentu sahaja, bahkan sepanjang zaman sehinggalah hari kiamat yang hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Oleh itu, marilah sama2 kita merenung kembali ayat2 Allah dalam kitabNya. Aku bukanlah org yang layak utk menghuraikan ttg ayat ini. Akan tetapi aku ingin sekali kita bersama2 untuk mempelajari dan mengambil pengajaran dari kalam Allah yang maha agung.
IT'S THE TIME TO PRACTICE =)
WALLAHU'ALAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan