Bismillah walhamdulillah...
Aku dapat merasakan perubahan yang berlaku ke atas diriku. Baik pemikiran, fizikal dan aku tidak merasakan bahawa perubahan ini berlaku secara drastik. Akan tetapi segala-galanya adalah pengalaman pertama bagiku. Terasa diri ini amat memerlukan sokongan dan iringan doa daripada orang sekeliling untuk menguatkan diri menghadapi hari2 mendatang. Akan tetapi aku yakin segala yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t. dan segala kekuatan itu hanya milikNya. Kita sebagai hambaNya menyerahkan segala urusan kepadaNya dan banyakkan doa dan bergantung harap kepadaNya. Sesungguhnya Allah itu pencipta manusia dan seluruh alam semesta. Dia maha mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui.
WALLAHUA'LAM..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan