Sudah lama rasanya tidak membuat post terbaru. Kalau semester lepas sempat juga dalam sehari mesti ada post. Tapi sekarang, mungkin komitmen dah bertambah maka masa untuk menulis blog jadi kurang. Masa tu ada sebenarnya. Tipulah kalau cakap tak ada masa sebab aku pun bukannya YB..huhu..
Semester ini aku mengambil subjek parenting skill @ kemahiran keibubapaan. Pada mulanya, aku tertanya-tanya kelas ni hanya buat assignment macam kelas2 lain juga ke? Apabila masuk kelas baru aku tahu bahawa subjek ni sangat berat. Menuntut kemahiran berfikir yang mendalam. Mungkin pembawaan ustaz yang inginkan kami berfikir.
Hari ini, tajuk yang kami bincangkan adalah komunikasi. Point ku ialah, setiap pasangan perlu memahami cara masing2 berkomunikasi. Secara umumnya, lelaki dan perempuan sangat berbeza dari sudut berkomunikasi. Satu kajian telah dibuat di Barat, lelaki lebih suka kepada aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama mereka, manakala perempuan, melalui percakapan. Jadi, tidak hairanlah kenapa perempuan suka bercakap dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Perempuan juga lebih beremosi dalam menangani sesuatu perkara. Mka benarlah wanita itu diciptakan 1 akal dan 9 nafsu. Manakala lelaki diciptakan dengan 9 akal dan hanya 1 nafsu.
Jadi, timbang-timbangkanlah apabila anda berurusan dengan dua gender yang berbeza. Saling memahami 'nature' setiap gender teramat2 penting.
" Allah berfirman dalam surah al-hujurat ayat 13. Wahai umat manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Melalui ayat ini, dapat kita fahami bahawa tiada perbezaan antara amalan lelaki dan perempuan kerana Allah lebih memandang TAQWA.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan