Jumaat, 14 Januari 2011

kelebihan dan kekurangan...

Bismillah wal hamdulillah..

Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memberiku peluang untuk berada di sini meluahkan perasaan yang menyesakkan dada. Best sebenarnya dapat luahkan perasaan. Tapi itulah kelemahanku. Aku tidak tahu bagaimana untuk ekspresikan jiwa dan perasaanku apabila berhadapan dengan orang sekeliling. Kadang2 aku seronok bila tengok orang berani menyatakan idea dan pendapat masing2. Seakan mereka sudah mempunyai pegangan yang tak mampu diganggu gugat. Tapi aku, seakan lalang ditiup angin. Apabila ditolak kesitu, maka situlah jadinya aku. Aku tak dapat membangunkan diriku sendiri. Aku tak dapat mengekspresikan apa yang aku rasa dan apa yang aku inginkan. Sesungguhnya itulah kelemahanku. Dalam hal ini aku tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin ini adalah hikmah yang Allah Ta'ala jadikan bahawa manusia itu mempunyai kekurangan dan kelebihan masing2. Sebagai seorang hambaNya, wajarlah kita utilize kelebihan yang ada untuk membangunkan deen al-Islam. Hanya Dia yang maha sempurna.

Wallahu Ta'ala a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan