Isnin, 2 Ogos 2010

please be rational...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

'Every single thing that we do, must have a rational reason behind it'. Lebih kurang macam tu la kata2 lecturer ku pada pagi ini. Aku semakin meminati subjek Islamic Ethics. Seakan apa yang ingin aku ketahui sedang aku pelajari sekarang. Apa yang sedang bermain-main di fikiranku, apa rational reason pihak polis menahan peserta himpunan mansuh ISA semalam??? Melihat keadaan itu, aku menjadi takut dengan kekerasan pihak polis sehinggakan ada yang tercedera. Di manakah hak kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini??Apakah rakyat tidak boleh mengatakan sesuatu untuk membaiki kerajaan yang sedia ada?? Jika rakyat tiada hak itu, maka negara kita mengamalkan pemerintahan secara diktator. 'Diktator adalah seorang pemimpin negara yang memerintah secara otoriter/tirani dan menindas rakyatnya' (wikipedia). Padahal dapat dilihat bahawa himpunan tersebut dilakukan secara aman. Di manakah keadilan sosial yang dilaung-laungkan?? Sepatutnya, perbincangan yang telus harus diadakan untuk mengatasi masalah ini. Bukankah musyawarah itu digalakkan di dalam Islam? Mahupun mana2 ideologi, rasionalnya, melalui mesyuarat kita dapat putuskan sesuatu keputusan.

Wallahua'lam.

-sekitar isu semasa ynag berlaku
-kesal dengan tindakan phk polis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan