Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Sesungguhnya ketenangan itu hanya milik Allah Ta'ala. Dikala kita berada dalam keserabutan kita mencari-cari dimanakah ketenangan itu. Bagaimanakah ingin mendapatkan ketenangan. Sesungguhya Allah menyebut di dalam kitabNya 'dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang'. Sama ada melalui zikir, tengok dan fikir akan alam ciptaanNya dan sebagainya. Cuba kita ambil masa sebentar untuk merenung kembali apakah ada kekurangan pada diriku? Bagaimanakah hubunganku dengan pemilik ketenangan? apakah aku ada membuat kesalahan kepada manusia? Lebih2 lagi ibu bapa dan guru2. Individu2 yang sangat penting dalam pembentukan syakhsiah diri kita. Tak kurang juga kawan2.
sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian, sesungguhnya kita tidak boleh hidup berseorangan. Kita perlukan seorang pendidik, sahabat dan orang yang sentiasa memberi peringatan tentang asal usul kejadian kita, kematian dan sebagainya sebagai wasilah untuk mencapai redha Allah Ta'ala. Bagaimana mahu mendapatkannya? PERSEKITARAN(biah) DAN MAJLIS2 ILMU.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan