Selasa, 3 Ogos 2010

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Beberapa hari ini aku terfikir apakah persediaanku untuk menyambut Ramadhan nanti. Seperti yang ku dengar melalui kuliyah, ada 3 cara kita menyambut Ramadhan sama ada gembira, biasa ataupun tidak gembira. Aku pun tidak pasti lagi apakah aku benar2 bersedia untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini. Ya Allah, kuatkan hati hamba2Mu untuk menempuh segala cabaran yang kami hadapi. Sesungguhnya ujian umat sebelum ini berupa kesusahan. Bahkan, kini kami diuji dengan kesenangan.

Sedarkah kita bahawa kita berada dalam keadaan senang? Terfikirkah kita akan nasib orang2 yang tidak mempunyai makanan untuk disantap dan buku untuk dibaca? Terdapat pelbagai hikmah disebalik Ramadhan yang bakal menjelang. Antaranya, kita dapat merasai akan kesusahan orang2 yang tidak berkemampuan. Di samping mengajar kita tentang erti kesabaran yang amat besar.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan