Bismillah.
Media elektronik memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan individu-individu pada hari ini. Tidak dinafikan aku adalah sebahagian daripada didikan2 yang diterapkan melalui media khususnya televisyen. Aku kira tidak sah jika sebuah rumah tidak mempunyai televisyen. Begitulah peri pentingnya televisyen dalam masyarakat hari ini. Baru2 ini, televisyen di rumahku rosak. Adikku yang bongsu mengadu kebosanan sebabnya tak boleh tengok tv. Apalagi, kedua orang tuaku pun berusahalah membelinya. Aku pun tidak menafikan agak bosan juga kalau tiada tv di rumah.
Oleh itu, aku sebagai salah seorang penggemar dan penonton drama2 dan filem2 di kaca tv amat mengharapkan agar proses Islamisasi melalui media khususnya tv mendapat perhatian seluruh penggiat seni tanah air. Ketahuilah segala manfaat yang dipaparkan akan berkekalan sebagai amalan untuk dibawa menghadap Allah Ta'ala kelak.
Oleh itu, gunakanlah medium ini sebaiknya untuk menyebarkan perkara2 yang bermanfaat dan sebagai jalan penyelesaian kepada gejala sosial yang berlaku pada hari ini. Kadang2 melalui drama2 yang dipaparkan terselit elemen pengajaran dan penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Mudah-mudahan tulisan ini dapat memberi kesedaran kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang media komunikasi.
-sekadar lontaran pendapat yang sudah lama terpendam
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan