Rabu, 11 Ogos 2010

NUKLEAR PEMUSNAH!

Adakah dengan membangunkan teknologi nuklear, dunia akan menjadi semakin aman?? Kononnya untuk mempertahankan diri. Tidakkah kita terfikir jika teknologi ini semakin berkembang, maka dunia semakin hampir dengan kemusnahan. Di dalam Al-Qur'an malaikat bertanya kpd Allah ttg penciptaan Adam. Apakah penciptaan manusia itu akan menyebabkan dunia musnah. Bahkan Allah menjawab pertanyaan tersebut bahawa 'Aku maha mengetahui akan sesuatu yang kamu tidak ketahui'.

Ayuh wahai umat manusia! Inginkah kita melihat dunia ini berada dalam kemusnahan?? Gunakanlah akal fikiran yang waras dengan berpandukan apa yang telah diberikan oleh Allah kpd utusanNya. Sesungguhnya, para utusanNYA tidaklah menyampaikan risalah Islam berdasarkan akal fikiran mereka sendiri bahkan diwahyukan dan diilhamkan oleh Allah s.w.t.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang2 yang menyeru kepada keamanan untuk menyelamatkan dunia yang semakin parah akibat perbuatan manusia sendiri.

Wallahua'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan