Ahad, 18 Julai 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah agak lama aku tidak mengisi laman ini. Aku sedang mencari-cari idea, topik apa yang perlu aku tulis untuk manfaat bersama. Sekarang ni aku sedang membaca novel 'Bara Cinta Canberra', karangan saudara Ilham Hamdani. Menarik perhatianku.. Novel ini dicadangkan oleh sahabatku yang arif tentang buku-buku di pasaran, Jamilah Noordin. Tak sabar ingin mengetahui kisah dalam novel ini. Setakat ini aku hampir mengahabiskan buku karangan Dr. HM Tuah 'Membina Rasa Cinta'.. Pelbagai kisah masyarakat diketengahkan dalam buku tersebut, terutamanya kisah rumah tangga...alahai..macam2 ada... Pengajaran yang dapat aku kutip ialah persediaan sebelum berumah tangga is very important. Persediaan ilmu agama, ilmu kemasyarakatan dan persediaan mental. Pokok pangkalnya berbalik kepada ILMU.

wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan