Bismillahirrrahmanirrahim...
Pada hari Jumaat yang lepas, tamatlah perkhidmatanku di Sekolah Rendah Agama Bandar Tun Razak sebagai 'guru' kononnya..hehe..pengalaman yang sangat bermakna untuk diriku. Pada hari tersebut aku tersentuh dengan kata-kata muridku 'walau di mana saja ustazah berada kami tetap sayangkan ustazah'..so sweet...pelajar darjah 3 dah pandai bermadah berkata-kata. Walau bagaimanapun aku meninggalkan sekolah tersebut dengan hati yang agak tenang walaupun ada juga beberapa perkara yang aku kurang berpuas hati.
Dah habis alam pekerjaan. Harapanku agar alam pekerjaan akan aku jengah lagi.. =) Buka buku baru... Aku sekarang berada di UIAM Gombak untuk 'declare' major ku. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusanku pada kali ini. Inilah senjata orang2 mukmin yang aku sangat yakin iaitu berdoa, berdoa dan terus berdoa.
*ku titipkan ucapan tahniah dan syabas kepada Wira yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan