Jumaat, 28 Mei 2010

solat fardhu??

Bismillahirrahmanirrahim....

Kebiasaannya, perkongsianku di laman ini lebih kepada pengalaman yang aku sendiri lalui. Namun begitu, perkongsian pada kali ini juga berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang aku alami. Jika kehidupan kita manusia terbahagi kepada alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat, begitu juga dengan alam dunia yang kita tinggal sekarang. Ada alam belajar dan alam pekerjaan. Apa yang aku sedari, hidup dalam alam kerjaya amat berbeza dengan alam pengajian. Kenapa aku mengatakan begitu?? Hal ini kerana alam pekerjaan merupakan perkhidmatan kita kepada orang lain. Segala ilmu dan pengalaman dipraktikkan di alam ini.

Namun begitu, satu perkara yang membuat aku terfikir. Apabila berada di alam pekerjaan, solat fardhu tidak menjadi suatu keutamaan. Astaghfirullahal'azim. Aku benar2 memohon ampun-Mu ya Allah. Begitulah realitinya kehidupan pada hari ini. Komitmen terlalu banyak. Tetapi ia berbalik kepada diri sendiri untuk mencari jalan 'how to manage the time'.

Solat fardhu telah pun ditetapkan. Tinggal lagi kita sendiri yang mengatur masa untuk solat di awal waktu. Renung-renungkan.

-pesanan untuk diriku sendiri

wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan