Selasa, 20 Julai 2010

ADAM DAN HAWA...

Bismillahirrahmanirrahim..


Manusia pertama yang mencipta sejarah ialah Nabi Adam 'alaihissalam. Baginda merupakan manusia pertama ciptaan Allah yang Maha Agung. Penciptaan manusia ini dimuliakan oleh Allah sehinggakan perintah sujud diseru kepada malaikat dan jin. Bukan untuk disembah tetapi sebagai tanda penghormatan. Sesungguhnya hikmah disebalik penciptaan manusia hanya Dia yang maha mengetahui. Akan tetapi tanggungjawab kita sebagai manusia tanpa mengira pegangan agama mahupun bangsa wajar mengetahui akan sejarah penciptaan manusia. Di sisi penciptaan Nabi Adam dicipta sang wanita yang diberi nama Hawa. Hakikat kejadian manusia memerlukan teman dan saing untuk berkomunikasi dan meluahkan perasaan. Setelah itu, dipendekkan cerita mereka telah diperdayakan oleh syaitan laknatullahi 'alahi untuk memakan buah khuldi. Buah yang dilarang oleh Allah sama sekali. Selepas itu, mereka dicampakkan ke bumi kerana pendurhakaan tersebut. Di manakah Nabi Adam 'alaihissalam dan isterinya dicampakkan? nantikan nukilanku yang seterusnya.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan