Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang...
Aku kembali lagi hari ini untuk melepaskan perasaan yang menyesakkan dada. Sesungguhnya aku selesa untuk meluahkan perasaanku di sini.
Ku rasakan sehari tidak memenuhi dada ini dengan pembacaan, terasa sesak sekali. Ku rasakan aku ketinggalan sesuatu.
Apa yang paling menggembirakanku apabila aku dapat MEMAHAMI apa yang diajar oleh pensyarah di dalam kelas. Alangkah bahagianya apabila aku dapat menangkap segala isi pelajaran di dalam kelas. Akan tetapi tidak semua kelas yang aku ikuti seperti itu.
Kelas yang paling aku gemari adalah kelas Bahasa Arab. Sebenarnya dari dulu lagi aku menggemari subjek ini. Namun apa boleh buat. Tak semua yang kita gemari atau sukai akan kita perolehi. Macam yang orang biasa2 cakap, kita merancang, Allah yang menentukan. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Walau apa pun, aku titipkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih memberiku ruang untuk hidup untuk memperbaiki segala amalanku agar menjadi lebih baik.
Paling penting, understanding is the key of knowledge. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dan urusan umat Islam amnya.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan