Khamis, 11 Februari 2010

Bismillah...

Selepas kelas Intro. to Mass Comm td, aku ada discussion dgn kawan2 dr China dan Afghanistan. Sangat menarik. Kami membincangkan tentang 'extrimism in Islam'. Sahabat dari Afghanistan menceritakan pengalamannya semasa berada di negaranya. Pada mulanya dia agak susah untuk bercerita. Mungkin kerana banyak pengalaman yang dilalui membuatkan dia fobia utk menceritakan kpd org lain. Tetapi, setelah kami menunjukkan minat utk mengetahui tentang keadaannya di sana, dia pun mula bercerita. Rupa2nya puak ekstrim ini wujud di sana. Mereka meletupkan diri bila2 masa saja. Dia kata ada peletupan bom berlaku di depan matanya. Dia sangat takut pada waktu itu. Bila2 pun mereka akan berada dalam ketakutan. Sangat2 dasyat. Tambahnya lagi, masyarakat di sana sangat bencikan Amerika. Hinggakan dia pernah dipotong markah kerana melukis sesuatu yg menyerupai bendera Amerika. Begitu sekali 'anti' nya mereka. Puak yg paling ekstrim ialah puak Taliban. Dia kata mereka sgt ekstrim. Tetapi, bagiku mereka berbuat demikian mungkin ada sebab dan pegangan mereka sendiri. Walau apa pun hanya penduduk di sana yg memahami bagaimana kehidupan di sana.

WALLAHUA'LAM...sekadar perkongsian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan