Selasa, 16 Februari 2010

AHLI SUFI...

Bismillah...

Usai solat Maghrib teman bilikku pulang dari cafe katanya. Cafe mahallah tutup. Jadi terpaksalah kami mencari makanan ke tempat lain. Kalau ikutkan ahli sufi, makan bukanlah menjadi perkara utama dalam hidup mereka. Terkadang terfikir juga layakkah aku untuk menjadi seperti mereka? mampukah aku? kalau ikutkan keadaan aku sekarang, ku kira jauh sekali untuk mencapainya. Nak tegakkan Islam dalam diri pun lemah..apatah lagi nak tegakkan Islam di atas muka bumi yang Allah telah pertanggungjawabkan ni. Akan tetapi aku amat kagum dengan ahli sufi seperti Ibrahim bin Adham, Rabi'atul Adawiyah dan ramai lagi. Bagaimana kecintaan mereka terhadap ALLAH sangat2 tinggi. Oleh sebab itu mereka digelar waliullah. Subhanallah...sesungguhnya orang2 yang tertentu sahaja yang layak menjadi kekasihNya. Aku sedar untuk mencapai ke tahap mereka, aku tidak mampu. Walaupun begitu, aku ingin mencontohi mereka. Apa yang ketara ialah mereka menyerahkan setiap perkara bulat2 kepada Allah. Tahap keyakinan mereka terhadap Allah amat tinggi. Sampai tahap 100% ku kira. Walaupun begitu, perjalanan hidup mereka bukanlah mudah. Hanya orang2 tertentu sahaja yang dapat melaluinya. WALLAHUA'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan