Selasa, 9 Februari 2010

TAWAKALKU TOTALLY TO ALLAH...

Bismillah... Sesungguhnya beberapa hari yang lepas Allah telah menggerakkanku untuk mencetuskan kontroversi dalam sebuah kelab. Pada asalnya, aku hanya ingin menegur PRESIDEN, memandangkan dia adalah teraju utama kelab ini. Tetapi, tidak aku sangka rupa2nya dia memberitahu kepada semua kabinetnya. Bagi aku, tindakannya adalah tindakan yang kurang bijak. Menampakkan kelemahannya sebagai PRESIDEN sebuah kelab yang agak besar aku kira. Penulisanku di sini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa kerana itu aku tidak menyebut siapa orangnya. Tetapi, pengajaran yang dapat diambil ialah sebelum menjadi PRESIDEN atau PEMIMPIN, persiapkanlah diri anda secukupnya. Sebelum mengetahui sejarah penubuhan kelab yang diterajui, ketahuilah dahulu sejarah kejadian diri sebagai makhluk ciptaan Tuhan. wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan