Isnin, 21 Disember 2009

niqab..

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. aku ingin terus kepada topikku pada kali ini. Isu ini tidak akan berhenti selagi orang terus dan terus memperkatakannya. Nampakkah kita bahawa sesungguhnya orang kafir telah berjaya memporak perandakan orang Islam?? Dalam sedar tak sedar itulah hakikatnya. Ingin aku berkongsi kisah ini dengan sidang pembaca. Kisah ini berlaku dalam sebuah program. Ada satu slot yang memerlukan peserta membincangkan tentang isu semasa. Salah satu isu yang dibincangkan adalah isu pemakaian niqab. Di sini aku ingin berkongsi beberapa sebab yang relevan yang boleh diterima akal. Antaranya,
1) cantik itu subjektif.mungkin seorang lelaki melihat perempuan ini tak cantik dan mungkin bagi lelaki lain yang memandangnya perempuan itu dianggap cantik. Seorang perempuan Allah jadikan secara fitrahnya adalah cantik. Jadi,wahai wanita, jangan sesekali menganggap bahawa diri anda tak cantik.ok???

2)Dagu itu sebahagian daripada aurat perempuan. Jika dia tidak mahu menutupnya, maka inisiatifnya memakai niqab, maka tertutuplah dagu. boleh terima???

3)Mengapa masyarakat di bandar-bandar besar contohnya seperti Kuala Lumpur, memandang orang yang berniqab sebagai ekstrim dan pelik??? sebab mereka tidak biasa melihatnya di bandar2 bahkan ia berbeza sekiranya orang yang memakai niqab ini berada di Kelantan contohnya. Mereka tidak merasakan hal ini pelik. Ini kerana pemakaian ini adalah menjadi kebiasaan di negeri tersebut. Bahkan orang yang berpakaian menjolok mata menjadi perkara pelik bagi penduduk di sana. Berbeza dengan masyarakat bandar, orang yang berpakaian menjolok mata adalah perkara biasa. terbalik kan??? padahal kita berada di sebuah negara Islam.

4)Dianalogikan, perompak mengggunakan kereta untuk pergi merompak. orang awam juga menggunakan kereta untuk aktiviti harian mereka. Disebabkan perompak menyalahgunakan kereta, wajarkah kita mengharamkan penggunaan kereta?? cuba fikirkan.sangat2 tak wajar kan? begitu juga dengan pemakaian niqab. Disebabkan beberapa orang Islam menyalahgunakan pemakaian niqab, maka ia diharamkan. Konklusinya, ia bergantung kepada si pemakai. Tiada kaitan dengan niqab itu sendiri. Inisiatif yang boleh diambil untuk mengelakkan sebarang aktiviti jenayah adalah tingkatkan pengawalan keselamatan itu sendiri.

Kesimpulannya, dalam Islam seorang wanita diberi hak kebebasan untuk memakai apa sahaja selagi mana ia menutup aurat dan untuk melindungi dirinya sendiri. Kita mesti ingat, maruah diri adalah mahkota seorang perempuan. Di sini saya ingin menyeru kepada sidang pembaca agar isu ini berhenti setakat ini sahaja. Cukuplah!! masih banyak lagi perkara atau isu yang perlu kita fikirkan dan selesaikan untuk membaiki masyarakat kita yang semakin parah sekarang. WALLAHUA'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan