Bismillah... selama 2 minggu berturut-turut aku ke sg. congkak, selangor. Kedua-duanya adalah program yang mana aku bertindak sebagai peserta. Banyak perkara yang aku belajar daripada kedua-dua program tersebut. Salah satunya adalah apa yang aku cari-cari selama ini. Banyak yang aku ingin tahu sebenarnya. Tetapi, jawapan ini adalah salah satu apa yang aku cari selama ini. Berbelit ke??..hehe... janji aku faham.
Fikrah...kenapa walaupun kita sudah berada dalam satu jemaah Islam, tetapi kita masih berbeza dengan orang lain??kenapa? sebabnya fikrah kita berbeza. Apa yang membezakannya?? pembacaan buku. Inilah apa yang aku ingin cuba 'highlight' kan untuk post kali ini. Ini merupakan satu cabaran bagiku kerana aku akui faktor kurang pembacaan buku haraki menyebabkan aku agak berbeza pemikiran dengan sahabat lain yang ku kira kefahamannya cukup tinggi. Apa yang aku nampak fikrah ku sekarang adalah fikrah ISLAM tetapi bukan fikrah harakiyah. Aku mendengar nasihat ust. Ridhuan Mohd Nor yang menggalakkan pembacaan buku-buku haraki. Apa yang dapat aku simpulkan adalah rupa-rupanya Islam itu bukan sekadar ilmu fardhu 'ain. Ilmu ini dah sememangnya WAJIB dihadam oleh setiap individu Muslim. Bahkan Islam juga meliputi ilmu gerakan. Macam mana kita nak sebarkan dakwah Islam... WALLAHUA'LAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan