Ahad, 10 Januari 2010

'aqidah...

Bismillah...teringat aku akan pengajaran pensyarahku dalam kelas 'Islamic 'Aqidah' yang bertajuk 'Freedom of Choice' atau dalam bahasa arabnya 'Ikhtiyar'. Kebebasan memilih ini boleh merujuk kepada orang Islam dan orang bukan Islam. Apa yang pensyarahku fokuskan adalah kepada orang Islam. Kebebasan memilih di sini bukanlah bermaksud kita bebas membuat apa yang kita suka. Tetapi kebebasan memilih di sini bermaksud kita bebas memilih cara untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Maksudnya, kita bebas memilih cara untuk membaiki segala amalan kita untuk menjadi lebih baik. Itulah yang dimaksudkan dengan kebebasan memilih. Sedikit aku ingin respon tentang penggunaan nama Allah oleh non-muslim, bagiku, biarlah mereka menggunakannya selagi mana mereka tidak menggunakannya ke arah keburukan. Kita sebagai seorang individu muslim wajar menunjukkan akhlak yang baik kepada mereka. Bukanlah sebaliknya. Jika kita terus membesar-besarkan hal ini, hanya akan mengapi-apikan sentimen agama dalam negara kita. Hal ini sama sekali bukanlah akhlak yang ingin Rasulullah sampaikan kepada kita umat Islam. Bagaimana kita ingin bina sebuah negara Islam sekiranya toleransi agama tidak kita amalkan. WALLAHUA'LAM.

  • PESAN UMAR:' belajarlah sebelum engkau jadi pemimpin'
  • IMAM SHAFEI': 'bila anak muda jadi pemimpin akan kehilangan banyak ilmu'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan