Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. [14:27]
Selasa, 8 Disember 2009
Bismillah... hari ini merupakan hari kedua aku dalam semester 2 tahun pertama di bumi uiam Gombak. Ada kelas yang sudah mula belajar dan ada yang hanya ambil kehadiran sahaja. Aku amat tertarik dengan kelas intro to mass communication tadi. Pensyarahku, sangat-sangat mementingkan aspek 'open-minded' semasa berada di kelasnya. Dia ada juga menyentuh tentang persepsi orang bukan Islam kepada orang Islam di luar negara. Sangat teruk. Hinggakan ada yang bertanya kepada orang Islam, 'dalam beg awak ada bom ke?' sampai macam tu sekali. Terbaru filem '2012' yang dijangkakan akan kiamat pada tahun tersebut. Apa yang menjadi isunya, kenapa penerbit tidak menghancurkan ka'abah?? Jawapannya, agar tidak menyentuh sensitiviti umat Islam di seluruh dunia. Sama2 kita renungkan apakah media memainkan peranan yang sangat penting untuk memulihkan kembali pandangan masyarakat bukan islam terhadap islam.. apakah peranan kita??? Sekadar ini sahaja yang dapat aku berkongsi untuk post kali ini. Wallahua'lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan