Khamis, 5 November 2009

Dengan nama Allah yang Maha pengasih dan penyayang. Alhamdulillah, aku telah menjalani 3 kertas peperiksaan akhir di bumi UIAM ini untuk tahun pertama, semester pertama. Segala puji hanya bagi Allah..hanya Dia yang selayaknya menerima pujian.. masih ada 3 lagi ujian yang harus aku jalani revelation as a source of knowledge, b.Melayu dan intro. to Psychology..Teringat aku kata2 guruku semasa di teratak Maahad Syamsul Maarif(p) dulu, kamu bakal bertempur dalam peperiksaan. Pada masa itu, aku hanya mendengar tanpa mendalami maksud disebaliknya..rupa-rupanya inilah pertempuran/peperangan pada masa ini.. Tanpa sijil, kita tidak boleh 'survive' sebenarnya... Lainlah kalau keluarga mempunyai perniagaan sendiri.. Si anak yang beruntung... Tetapi bagi keluargaku yang baru mula bertapak sangat2 memerlukan pendidikan yang tinggi. Tambahan pula aku adalah anak yang pertama..Rasa tanggungjawab itu makin terasa.. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan petunjukNya dan menetapkan pendirianku dalam agamaNya..dan berterus-terusan mencari keredhaanNya...WALLAHUALAM...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan