Rabu, 4 November 2009

Bismillah...pertama sekali posting aku kali ini lebih kepada muhasabah kembali apa yang telah aku lakukan di laman maya ini. Pada mulanya niatku adalah untuk belajar menulis. untuk terlibat secara serius dalam bidang penulisan, aku ada terfikir juga. Tetapi aku fikir biarlah aku belajar meluahkan ekspresiku dalam tulisan untuk peringkat permulaan di sini dahulu. Walau apa pun yang aku lakukan, hanya satu yang menjadi matlamatku iaitu redha Allah.
Kembali kepada niat asalku untuk posting kali ini. Sesekali aku terfikir apa yang ingin aku bawakan kepada pembaca laman ini. Yang boleh memberi suatu kelainan daripada blog-blog lain yang kukira TERBAIK semuanya. Aku ingin sekali memberikan input yang berkesan kepada pembaca. Oleh itu, sampai saat ini aku masih lagi mencari motif tulisan aku di sini. Setakat hari ini, aku puas dengan segala tulisanku. Walaupun pembacanya hanyalah beberapa orang, tetapi niatku adalah untuk pembaca sahabat terdekatku dahulu. Untuk sampai ke tahap yang ada pengikut setia, belum tiba lagi. Walaupun aku amat mengimpikannya. Dengan izin Allah, aku akan berusaha memperbaiki tulisanku agar ianya tidak dipengaruhi oleh emosi. Aku ingin menggunakan rasional akal yang Allah kurniakan kepadaku dalam menimbangkan setiap perkara tanpa dipengaruhi oleh sifat 'bias'. WALLAHUA'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan