Isnin, 27 Julai 2009

Bismillah walhamdulillah..aku sebenarnya masih terkial-kial dalam mencari siapa itu rabbku, siapakah dia utusan yang diagung-agungkan sepanjang zaman....dan berbagai-bagai lagi yang menjadi pertanyaan di minda yang serba kekurangan ini..ku mohon mudah-mudahan Allah tunjukkan aku jalan dalam pencarian ini..dan mudah-mudahan aku tergolong dalam golongan orang2 yang mendapat petunjuk yang lurus..sepanjang pengembaraanku ini, aku cuba memahami sebaik mungkin setiap ilmu yang aku pelajari sama ada melalui pensyarah dalam kelas, tok guruku dan melalui buku2 agama..aku takut jika aku tergolong dalam golongan orang yang meriwayatkan ilmu...kerana seingatku, Rasulullah telah berpesan, 'jadilah kamu orang yang memelihara ilmu, bukan orang yang meriwayatkan ilmu'. Mudah-mudahan aku tidak hanyut dengan dunia yang agak mencabar keimanan dengan pelbagai fitnah yang timbul. Terbaru aku dapat tahu melalui lecturer ku tentang salman rushdie, pengarang novel 'SATANIC VERSE'..apa isi kandungannya aku belum lagi mengkajinya.
Aku bermohon kepada Allah, moga aku akan terus istiqamah dalam pengembaraan ini dan seterusnya bertemu dengan Rabbku di syurgaNya kelak...Sedikit luahan rasa...wallahu Ta'ala a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan