Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. [14:27]
Isnin, 3 Ogos 2009
Dengan nama Allah..segala puji hanya bagiNya yang memiliki alam ini keseluruhannya. Ya Allah, sekarang aku nampak betapa manusia2 di zaman ini jauh daripada agama. Apa yang meniti di bibir anak2 muda sekarang ialah lagu2 yang maksudnya langsung tidak menuju ke arah mengesakan Pencipta alam ini. Apatah lagi lagu2 orang barat. Kini aku nampak bahawa ini merupakan antara agenda puak2 yahudi yang ingin merosakkan akidah umat2 islam. Namun, apakah kita sedar?? Terutamanya anak2 muda, yang mana imannya senipis kulit bawang bagi yang Islamnya diperturunkan dari ibu bapanya...hakikatnya, jika ibu bapa kita tidak mampu untuk memberikan pengajaran tentang islam yang sebenarnya kepada kita, kita sendiri wajib mencari apa itu islam. tak usah berasa malu kita tidak tahu apa2 tentang islam kerana hakikatnya begitu. Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir. Bukan hanya mengikut semata-mata, tanpa mengetahui daripada mana sumbernya. Oleh sebab itu, hikmah Allah utuskan para rasulnya kepada kita agar kita mengetahui siapa pencipta kita, apa matlamat hidup kita yang sebenarnya di dunia ini, dan ke mana hala tuju kita setelah mati. Ini semua dijelaskan dalam kitab Allah dan sunnah Rasulullah. Oleh itu, marilah sama2 kita mengenal apa itu Islam yang sebenarnya... Apakah tuntutannya terhadap setiap penganutnya... Wallahu Ta'ala a'lam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan