Rabu, 22 Julai 2009

Dengan nama Allah ku mulakan tintaku ini.moga-moga penulisan ini mendapat restu dari Nya. Takutnya aku dengan azab Allah. Ingatlah, kita sekarang baru berada di umur yang ke dua. Masih ada tiga lagi umur yang kita sebagai manusia akan tempuhi iaitu alam kubur, alam akhirat dan yang terakhir ialah sama ada kita mendapat pembalasan syurga atau neraka, setimpal dengan amalan masing2 ketika di dunia. Oleh itu, hendaklah kita tidak berasa begitu selesa dengan kehidupan kita sekarang. Kerana dunia ini tidak kekal. Segala yang kita nikmati di dunia ini tidak dapat dibandingkan dengan nikmat syurga Allah Ta'ala. Oleh itu, berlumba-lumbalah kita membuat amal untuk bekalan 3 alam lagi yang akan kita hadapi kelak. Ini kerana, pembalasan akan diberi berdasarkan amalan yang kita lakukan sepanjang kita hidup di alam dunia ini. Peringatan juga kepada penulis. Wallahu Ta'ala a'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan