Bismillah walhamdulillah....
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah yang memberi kesempatan kepada kami untuk mengenali bumi Kundasang. Cuacanya sejuk. Tapi malam lagi sejuk. Disarankan kepada yang nak pergi melancong ke Kundasang sediakan selimut@baju tebal khususnya untuk waktu malam. Waktu siang bagi kami masih lagi ok walaupun terasa jugak sejuknya. Pada waktu kami pergi hujan turun dengan lebatnya pada waktu malam. Maka makin bertambah-tambahlah kesejukan. Alhamdulillah Rosewood Cottage menyediakan selimut untuk kami. Harganya pun cukup berpatutan. Hanya RM80 untuk semalaman.
Antara tempat yang boleh dilawati di Kundasang ialah Kundasang War Memorial, Kolam Air Panas Poring,Desa Dairy Farm dan lain-lain. Dinasihatkan anda susun masa dengan baik kerana tempat-tempat ini ditutup pukul 5 petang. Semasa kami pergi ke Kundasang kami hanya sempat melawat Desa Dairy Farm dan Kunadasang War Memorial disebabkan kami bergerak dari cottage agak lewat. Dari satu tempat ke satu tempat memakan masa juga. Oleh sebab tu, amat-amat dinasihatkan bergerak awal dan set masa di satu-satu tempat.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan