Alhamdulillah pada 18.2.2015 bersamaan dengan 29 Rabiul akhir 1436 H telah selamat diijabkabulkan dengan Nor Azman bin Che Mahmood@Md. Noh. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkannya untukku. Mudah-mudahan ikatan pernikahan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya. Sesungguhnya redha Allah yang dicari selama ini. Dalam entri kali ini suka saya memetik ulasan Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu yang bertajuk 'Tarbiyatul Aulad Fil Islam' perkahwinan merangkumi tiga sudut. Pertama, fitrah semula jadi manusia, kedua, keperluan sosial dan ketiga satu bentuk pemilihan. wallahua'lam.
{Ummu Umair }


Tiada ulasan:
Catat Ulasan