Sabtu, 24 Januari 2015

TEMUDUGA MAC 24 Januari 2015, Sabtu

Bismillah walhamdulillah..

Hari ini diberi kekuatan untuk menghadiri temuduga Mara Assesment Centre di ILKM Jawi. Walaupun tidak pernah seumur hidupku sampai ke tempat tersebut, alhamdulillah dengan bantuan seorang adik yang sangat baik hati, Nur Nadzifah, kami berjaya sampai juga ke sana dan berjaya menghabiskan keempat-empat sesi temuduga.

Sessi Pertama: Psychometric Test (ada yang buat Fitness Test dahulu, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjimatkan masa)

Sessi Kedua: Fitness Test

Sessi Ketiga: Interview Berkumpulan

Sessi Keempat: Micro Teaching

        Sessi yang paling berdebar bagiku ialah sessi keempat, Micro-Teaching. Walau bagaimanapun, segala halangan dan rintangan tersebut dapat dilalui dengan jayanya. Untuk sessi tersebut saya cuma bentangkan sahaja apa yang telah saya sediakan untuk alat bantuan mengajar seperti gambar. Tajuk yang saya buat adalah mengenai Tunku Abdul Rahman kerana saya memohon untuk menjadi guru subjek Sejarah. Panel penilai juga 'sporting' orangnya. Walau bagaimana keadaan pembentangan peserta sekalipun, mereka memberi komen dengan cara yang baik.

        Sessi interview berkumpulan pula, kami diajukan soalan tentang pembentukan 'nation-state' di Malaysia. Mengapa sejak akhir-akhir ini konsep ini semakin dicabar. Perbincangan kami lebih kepada untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia dan kaitannya dengan pembentukan negara bangsa. Agak mencabar pada mulanya. Tetapi, setelah panel penilai menjelaskan apa yang dimahukan, perlahan-lahan kami dapat keluarkan pendapat masing-masing. Yang penting keluarkan idea atau apa-apa saja yang diketahui mengenai isu tersebut. 

        Selain itu, panel turut mengajukan persolan tentang bagaimana Rasulullah menyatukan penduduk Madinah yang merangkumi pelbagai kaum pada waktu itu. untuk persoalan ini, kami kaitkan dengan pembentukan piagam Madinah. Mungkin sebab kebanyakan calon dalam kumpulan saya terdiri daripada Pendidikan Islam, maka persoalan tersebut diajukan. Untuk subjek Sejarah, panel bertanya berkenaan dengan konsep 'nation-state' yang terbentuk di German dan Itali. Saya mengaitkannya dengan pemerintahan Hitler dan pembunuhan beramai-ramai golongan Yahudi sehingga wujudnya hanya satu bangsa iaitu German. Saya memberitahu saya kurang pasti dengan apa yang berlaku kepada kedua-dua negara selepas itu dan panel dapat menerimanya dengan baik.

               Perjalanan interview hari ini merupakan pengalaman yang cukup indah bagi saya walaupun pada mulanya teragak-agak untuk menyertai sesi temuduga tersebut. Apa-apa pun rezeki Allah yang punya. Apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepada Allah.

"Kemudian, apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal. [ali Imran, 3:159]


                Sungguh Allah mencintai orang-orang yang bertawakal. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan