Rabu, 17 Disember 2014

Indahnya Iman

Bismillah walhamdulillah...

Keyakinan tentang kebergantungan kepada Allah itu kadang kala hadir tatkala kita sangat memerlukannya. Tetapi, di saat kebahagiaan dan kesenangan, apakah kita mengingatiNya dan mengharapkan setinggi pengharapan kepadaNya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang berada di dalam dadamu, apa yang tersirat di dalam hatimu. Allah lebih mengetahui.. Tiada apa yang dapat disembunyikan daripada pengetahuanNya. Manusia itu sifatnya lupa. perkataan manusia itu sendiri berasal daripada perkataan 'na si ya' (lupa). 

Di saat manusia ditimpa kesusahan demi kesusahan, manusia mula sedar bahawa kebergantungan kepada Allah itu amat diperlukan. Sesungguhnya Allah tidak perlukan pengabdian manusia, bahkan manusia memerlukan Allah. Namun, apakah kita menyedarinya? Di saat kesenangan dan mengecapi kebahagiaan.. Ketika itu lah, manusia menyedari bahawa kehidupan ini diselang seli dengan kegembiraan dan kedukaan. ketaatan dan kelalaian. Mudah-mudahan kita sentiasa di dalam pemeliharaanNya daripada cuai mentaati perintahNya.

Sungguh, dunia ini tempat manusia bercucuk tanam dan hasilnya akan dituai di akhirat kelak. Ya, itulah destinasi terakhir manusia. Kehidupan dunia hanyalah bersifat sementara. Jadikanlah ia ladang untuk menuju ke akhirat kelak.

Wallahua'alam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh90o9InWKOY8v_FYOTuTDRi5PgDgXvhHjTkuvRDKPTmF7oHX05hFizxzmwGYph62OEzhZpzFR0kw9su_4fizLU9_3a4bF2IiGtRPld48-_QT12U1XDZQrSNGhHt7XK8ipw1SVdruF567ui/s1600/tumblr_lktkztYthv1qau7gyo1_500.gif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan