Bismillah wal hamdulillah..
sumber:
http://stormreaders.my/product/TBMJ1062-Majalah-Solusi-Isu-62
http://www.akhirzaman.info/islam/146-khilafah/1427-perspektif-kepemimpinan-dalam-islam.html
Majalah Solusi Isu 62, Dr. Nik Zaharah Nik Yaacob, Khidmat Penghias Usia
Berjaya juga aku mendapatkan Majalah Solusi Isu ke-62 ini. Apa yang menarik terdapat satu artikel daripada salah seorang sahabat baikku Jamilah Mohd Norddin. Tahniah Jamilah! saya sangat berbangga dengan anda. Teruskan usaha yang baik ini =) Artikelnya berkisar tentang budaya membaca dalam kalangan umat Islam. Sangat menarik untuk dijadikan motivasi dan pencetus untuk menjadi seorang pembaca yang tegar. Terima kasih Jamilah. Semoga usaha yang baik ini mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya. Ameen. Inshaa Allah.
Selain itu, di dalam isu kali ini, terdapat artikel daripada Dr. Nik Zaharah Nik Yaacob yang mengungkapkan persoalan-persoalan berikut:
Jasmani
Sudahkah kita menjaga jasad amanah Allah agar sentiasa sihat untuk membolehkan kita melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifahnya? satu lontaran persoalan yang baik. Walaupun kecil, tetapi ia memberi kesan kepada pergerakan kita seharian. Persoalan kesihatan.
Emosi
Adakah kita cuba menghiasi hati dengan sifat-sifat mahmudah agar terpancar ketenangan dari dalam diri, membolehkan perkataan serta perlakuan yang berupaya menjadi contoh kepada orang sekeliling kita. Benar sekali. Keseimbangan emosi sangat penting dalam membentuk komunikasi yang baik.
Rohani
Sudahkah kita memastikan hubungan kita dengan Allah terjaga sempurna dengan sentiasa mengingati-Nya, melakukan segala suruhan dan menjauhkan segala larangan-Nya, juga sentiasa sedar serta bersedia untuk dijemput ke pangkuan-Nya bila-bila masa. Allah, umum mengetahui kematian bila-bila masa boleh datang menjemput. Lantas, apakah persediaan yang ada cukup untuk ke tempat yang abadi, yang akan kita hidup lebih daripada hayat dunia?
Intelek
Saidina Ali berkata: "Didiklah anak-anakmu untuk zamannya". Ya, anak-anak sekarang (generasi Y dan Z) terdedah dengan maklumat yang sangat banyak lantaran berupaya memperoleh kesemuanya di hujung jari.
Sebagai pendidik kita perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perkembangan teknologi agar dapat mendidik mereka sesuai dengan zaman mereka hidup.
Sosial
Bagaimana khidmat kita terhadap ibu bapa? Allah mewajibkan kita untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa sepanjang usia kita dan mereka. Adakah sudah terlunas tangungjawab tersebut? Bagaimana pula dengan masyarakat? Masyarakat yang baik aset yang bernilai kepada negara. Oleh itu, tanggungjawab setiap daripada kita untuk membangunkan masyarakat dan memberi sumbangan dari segenap segi untuk melahirkan baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur (negara yang baik dan sentiasa diampuni Allah) (Q 34:15).
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
sumber:
http://stormreaders.my/product/TBMJ1062-Majalah-Solusi-Isu-62
http://www.akhirzaman.info/islam/146-khilafah/1427-perspektif-kepemimpinan-dalam-islam.html
Majalah Solusi Isu 62, Dr. Nik Zaharah Nik Yaacob, Khidmat Penghias Usia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan