Ahad, 24 November 2013

Graduan 2013


Alhamdulillah, 17 November 2013 dengan rasminya diri ini telah bergelar graduan UIAM. Tinggal lagi bagaimana dapat aku menyumbang kepada masyarakat. Baik dari segi penulisan, bicara mahupun tingkah laku. Aku yakin sekali setiap graduan ingin menyumbang hasil usahanya selama ini kepada masyarakat. Baik siswa mahupun siswi, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memberi sumbangan kepada ummah. Teringat sewaktu aku mula-mula ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dulu. Berduyun-duyun penduduk kampung datang 'bertemu mata' dan menghulurkan sedikit wang. Jasa orang-orang kampungku tidak sesekali aku lupakan. Aku yakin bersama kedatangan mereka terdapat barakahnya tersendiri. Daripada keberkatan doa mereka menjadikan aku sebagaimana hari ini. Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat yang dikurniakan. Seringkali diri ini lupa dan lalai dengan limpahan nikmat yang dikurniakan. Astaghfirullahal 'azim. Mudah-mudahan Allah memberkati perjalanan ilmu ini. Di bawah ini merupakan lagu kegemaranku semasa matrikulasi dulu. Sangat mendalam maknanya.

Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa


Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi Tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia                                                                                                                                     




Hikmah Kembara 

     munshid: Mirwana



2 ulasan:

  1. semoga kembara sarjana mu di mudahkan dan diberkati....

    BalasPadam
  2. terima kasih =)
    rindu aisyah ^_^

    BalasPadam