Rabu, 18 September 2013

suasana baru

Bismillah walhamdulillah..

Belajar di tempat baru, suasana baru amat mengujakan aku. Suasananya, bahasa pengantaranya amat berbeza dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tempat aku menimba ilmu ijazah sarjana muda sebelum ini. Hal ini menjadi sedikit cabaran untuk diriku bagi menghadapi suasana yang baru. Inshaa Allah (Dengan izinNya) aku dapat menyesuaikan diri.

Berikut adalah subjek-subjek yang bakal aku hadamkan sepanjang semester ini.

1) Teori Dan Kaedah Penyelidikan Dalam Ilmu Sejarah

2) Sejarah Politik Malaysia

3) Sejarah Asia Tenggara Abad Ke-20


Walaupun hanya mencakupi tiga subjek, setiap subjek amat luas sudut pengkajiannya. Inilah yang mematangkan aspek penulisan dan pemikiran pelajar sarjana. Semoga Allah memberi diri ini kekuatan untuk menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Ya Allah, jadikan aku kuat!

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan Engkaulah penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 


Pergolakan di Mesir amat memberi kesan kepada diri ini sebagai seorang yang bergelar Muslim. Penindasan yang dilakukan oleh tentera Mesir amat kejam. Di manakah perasaan kemanusiaan yang Allah kurniakan kepada seorang yang bergelar manusia lebih-lebih lagi seorang Muslim. Semoga Allah memberi kekuatan kepada para pejuang agama di seluruh dunia khususnya di Mesir.

Firman Allah dalam surah An Nur ayat 55 yang bermaksud:

" Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kamu (umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikannya khalifah yang memegang amanah pemerintahan di bumi seperti orang-orang yang sebelum daripada mereka, dan ia akan menguatkan agama (Islam) yang telah diredhaiNya, dan menggantikan keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (ancaman musuh). Mereka itu beribadat kepadaKu dan tidak menyekutukanKu dengan sesuatu yang lain..."

Wallahua'lam.


2 ulasan:

  1. assalamualaikum...rindu sgt pada enti... semoga dimudahkan urusan disana....

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam ya ukht =) rindu juga sgt2 pada nti..rindu waktu 'discuss' sama2..huhu..terima kasih ats doanya =) sy juga mendoakan yg sama untuk ukht.

    BalasPadam