Bismillah wal hamdulillah..
Syukur...syukur....syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi aku kekuatan akal dan tenaga untuk aku terus berbakti.
Hari ini aku rasa sangat gembira sebab masa aku agak terisi berbanding dengan hari-hari yang lepas. Memandangkan aku merupakan 'newcomer' kat Penang ni, jadi aku tak berani sangat nak keluar. Tapi hari ini aku telah mengikut mak cik ku ke kelas KAFA dan sedikit sebanyak aku dapat membantunya mengajar Al-Quran kepada separuh daripada murid-muridnya.
Walaupun ianya kecil, tapi aku berpegang dengan hadith Rasulullah. 'Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain'.
Mudah-mudahan Allah menjadikan aku ikhlas dalam setiap perkara yang aku lakukan.
Imam Syafi’i pernah memberi nasihat kepada seorang temannya,“ Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia ridha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu karena Allah Azza wa Jalla.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan