Jumaat, 16 Ogos 2013

2013~ as a postgraduate student

Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..



Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengn izinNya dapat aku menggerakkan jari jemariku untuk meluahkan secebis rasa di laman ini.



Setinggi-tinggi syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana ujian demi ujian, kesusahan demi kesusahan yang dialami dapat aku tempuhi dengan izinNya dan mudah-mudahan Allah sentiasa memberi kemudahan kepada urusan hamba2Nya.. Dan pada 24 Ogos 2013 inshaa Allah aku akan mendaftar sebagai 'postgraduate student' di USM Pulau Pinang. Perjalanan ilmu ini akan aku teruskan dengan izinNya. Subhanallah walhamdulillah Allahuakbar.



Aku menyedari kurnia yang Allah berikan ini juga merupakan salah satu ujian buatku. Sejauh mana aku mengingatiNya dikala aku dalam kesusahan mahupun kesenangan. Apakah aku mengingatiNya disaat aku mendapat apa yang aku cita-citakan. Ianya ujian bagiku.



 Menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi merupakan satu anugerah buatku yang mana cgpa sarjana muda hanyalah sekadar cukup2 makan. Anugerah ini cukup membanggakan kedua ibu bapaku. Tanpa sokongan dan dokongan mereka tidak dapat aku menjadi sebagaimana aku hari ini. Aku yakin dan percaya segala-galanya berkat pertolongan dan bantuan daripada Allah s.w.t.



Bagiku, aku sedang menggalas tugas sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi Allah ini. Amanah ilmu bukanlah perkara suka-suka. Bukan sekadar untuk mendapatkan pekerjaan. Ibuku selalu berpesan, "kakak menuntut ilmu bukan semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan bahkan lebih besar daripada itu, iaitu menjadi orang berilmu".



Semoga perjalanan ilmu ini dapat aku tempuhi dengan jayanya. Mudah-mudahan dunia ini dapatku jadikan ladang untuk ke akhirat kelak. Wallahua'alam.










#pray4Egypt

2 ulasan:

  1. semoga dimudahkan segala urusan.. maira.....

    BalasPadam
  2. terima kasih aisyah yg baik hati ^_^
    sy juga mendoakan yg sama utk awk.

    BalasPadam