Isnin, 25 Oktober 2010

peperiksaan akhir semester..

Bismillah...

Tinggal beberapa hari lagi aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Rasa sekejapnya masa berlalu. Pejam celik-pejam celik dah sampai akhir semester setelah menyelesaikan segala presentation, assignment dan sebagainya untuk mendapatkan ilmu disamping carry mark. Sebut tentang carry mark, minggu ini adalah minggu penyelarasan semua markah sepanjang semester ini. Dan inilah yang ditunggu-tunggu oleh pelajar2.

Diharapkan, semester ini bukan hanya tinggal kenangan CGPA, bahkan dapat memegang amanah ilmu yang dipelajari. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari itu merupakan amanah dari Allah Ta'ala untuk beramal dengannya dan untuk disebarkan kepada manusia sejagat.

salam imtihan kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan. Maat taufiq wannajah =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan