Dengan nama Allah aku memulakan tintaku ini. Jari jemariku terasa rancak di atas papan kekunci ini untuk meluahkan beberapa perkara yang kerap kali bermain-main di benak pemikiranku beberapa hari ini.
Melihat realiti yang berlaku hari ini, semakin hari terasa semakin sesak dadaku dengan kehilangan gadis2 yang berumur awal 20-an. Disamping gejala sosial yang tidak terbendung. Hal2 ini bukanlah berlaku kepada orang2 yang jauh atau tidak aku kenali. Akan tetapi, gejala2 negatif ini berlaku disekelilingku sendiri. Ya Allah, apakah peranan aku dalam hal ini? Adakah aku kuat menghadapi semua ujian kecil ini? Beginikah realiti umat akhir zaman seperti yang digambarkan oleh Rasulullah kepada sahabat2 baginda?
Hadith riwayat Anas bin Malik r.a, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Diantara tanda-tanda hari kiamat ialah diangkatnya ilmu, munculnya kebodohan, banyak yang meminum arak dan timbulnya perzinaan yang dilakukan secara terang-terangan.
Bagaimana umat hari ini disogokkan dengan budaya hedonisme yang melampau, kecanggihan teknologi yang menjadikan manusia seorang yang individualistik dan sebagainya yang ku kira kita semua mengalaminya.
Ada yang mengatakan bahawa golongan agama akan terselamat daripada kancah perzinaan. Aku kurang bersetuju dengan statement ini. Golongan agama juga manusia, seperti orang biasa. Cuma, golongan yang mempelajari agama ini diberi kesedaran oleh Allah Ta'ala agar sentiasa memperbaharui iman. Jika ia gagal, maka percentage untuk melakukan maksiat adalah tidak terkecuali.
Sedarlah kita bahawa, iman manusia itu bertambah dan berkurang. Tidak seperti malaikat yang sentiasa beribadat kepada Allah dan iman mereka bersifat statik, tidak berubah sampai bila2. Akan tetapi, kita manusia diberikan anugerah yang sangat istimewa iaitu akal dan nafsu. Nafsu ini haruslah dipandu oleh akal yang waras, akal yang sihat, akal yang mampu berfikir berlandaskan panduan yang telah diwahyukan oleh Allah Ta'ala.
Kesimpulannya, sesiapapun tidak terkecuali untuk melakukan kesilapan, dosa dan kesalahan. Akan tetapi, iman lah yang menjadi pendorong dan pemandu kehidupan kita seharian.
Mudah2an kita tidak tergolong dalam kalangan umat Islam yang seperti buih2 di lautan. Ramai, akan tetapi tiada gunanya.
Wallahua'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan