Dengan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Jam 4.38 p.m tamatlah aku membaca sebuah novel yang mencuit hatiku disaat aku melihatnya. Novel ini bagiku dapat memberi kesannya yang tersendiri kepada setiap pembaca. Bermula dengan seorang lelaki yang begitu kuat pegangan agamanya, apabila berada di perantauan, tarbiyah diri semakin berkurangan. Cara lelaki ini membawa diri sama seperti teman-temannya yang lain. Berpeleseran di nightclub, kononnya ingin melepaskan tekanan kerja. Padahal dengan berbuat demikian, jiwanya menjadi semakin kosong dan semakin jauh dengan Allah.
Alhamdulillah, akhirnya beliau dapat bangkit kembali dengan kehadiran murabbi dan murabbiyah dari Palestin. Kedua-dua orang tersebut memainkan peranan yang cukup penting dalam pengembalian seorang hamba kepada Khaliqnya. Subhanallah...begitulah peranan seorang Islam yang mempunyai kesedaran tentang dakwah Islam dalam suasana masyarakat yang semakin hilang arah tujuan hidupnya.
Oleh itu, aku menyeru diriku sendiri dan seluruh umat Islam, agar meneruskan apa sahaja pekerjaan yang sedang kita lakukan, walau di mana saja kita berada, selagi mana kita tidak melupakan tanggungjawab kita kepada masyarakat umumnya.
Wallahua'lam.
-tahniah ku ucapkan kepada penulis, saudara Ilham Hamdani.
Benar.. kesan yang diterima oleh setiap orang apabia membaca sesebuah buku atau apa sahaja tidak sama.. :-)
BalasPadamboleh kongsikan apa kelainan yang saudari jamilah dapat dari pembacaan buku ini? =)
BalasPadam