Cuti hujung minggu ini amat memberi makna kepadaku. Jika pada hujung minggu lepas aku menemani mak cik ku yang melanjutkan pelajaran secara PJJ di UKM, pada minggu ini aku bersama-sama dengan adiknya yang berusia 22 tahun di rumahnya. Bagiku ini merupakan salah satu kemahiran untuk aku menerima seseorang yang baru aku kenali. Tetapi, alhamdulillah. Aku sangat bersyukur kerana hubungan kami baik sekali. Walaupun ada kelemahannya yang tersendiri, tetapi aku tidak lupa untuk mencari kebaikan dalam dirinya. Aku nekad. Aku ingin berfikiran positif. Aku ingin memandang semua perkara sebagai positif dan dengan izin Allah, aku ingin menjadikan cabaran yang aku lalui dalam hidupku sebagai pembakar semangatku untuk terus maju ke hadapan!!!
Mutiara kata pembakar semangat : 'ORANG YANG BERJAYA SENTIASA MEMELIHARA POTENSI DIRINYA DAN POTENSI ORANG SEKELILINGNYA. MEREKA TIDAK MENSIA-SIAKAN DAN MEROSAKKANNYA'.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan