Jumaat, 14 Mei 2010

'skema'

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Segala puji-pujian hanya utk-Mu ya Allah. Sejak hampir sebulan aku berada di alam pekerjaan sebagai ustazah ini, banyak perkara yang aku temui dan aku pelajari. Antaranya, terlalu 'skema'. Perkataan skema ini biasa kedengaran dalam kalangan kawan2 aku. Apa yang aku faham, orang yang skema ini, sangat rigid dengan sesuatu perkara. Tidak boleh bertolak ansur dan slow talk. Aku sedar selama ini, elemen ini ada dalam diriku. Tanpa disedari, rupa-rupanya sikap ini mengguris hati banyak pihak. Tetapi, aku amat bersyukur kerana kini aku menyedari satu lagi kelemahanku. Tujuan aku menulis di sini bukanlah bermaksud untuk membuka pekung di dada. Akan tetapi sebagai nasihat kpd diriku sendiri dan sidang pembaca bahawa Islam itu tidak rigid. Islam adalah suatu agama yang fleksibel. Oleh itu, sebagai seorang Islam yang baik, elemen bertolak ansur sangat penting untuk diterapkan ke dalam diri.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan