Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah Allah masih memberi aku peluang untuk aku hidup di atas muka bumiNya ini. Tiada nikmat yang lebih besar melainkan nikmat Islam yang dikurniakan olehNya.
Sudah agak lama aku tidak menjengah laman ini. Ruang untuk aku melontarkan pandangan dan meluahkan apa yang aku rasa dan fikirkan. Semester 2, tahun pertamaku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan melabuhkan tirai beberapa hari sahaja lagi. Selepas ini aku tidak tahu berapa lama aku akan meninggalkan penulisan di sini. Peluang menulis ini hanya terdapat apabila aku berada di kampus kerana senang nak dapatkan internet. Di samping idea juga berkembang. Tetapi, aku mengaharapkan sepanjang aku berada di kampung nanti, mindaku juga berkembang dengan pergaulanku dengan masyarakat sekeliling. Aku sangat mengaharapkannya kerana itulah tujuanku menuntut ilmu di sini. Aku ingin membawa perubahan kepada masyarakat kampungku. Perubahan agar golongan muda kembali kepada agama dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan masa kini.
Di sini juga aku ingin menyeru diriku dan sidang pembaca untuk menggunakan sepenuhnya kehidupan yang diberikan oleh Allah yang kita yakini hanya sementara dengan memberi sepenuh khidmat kepada Allah. Khidmat di sini bermaksud ibadah. Menurut pemahamanku, ibadah sangat luas. Setiap perbuatan yang kita lakukan kerana Allah merupakan ibadah. Contohnya menuntut ilmu. Konteks ilmu juga luas. Sangat luas. Ilmu kemasyarakatan, ilmu politik, ilmu undang2, ilmu perhubungan suami dan isteri dan sebagainya. Ketahuilah, kita tidak akan mampu mempelajari kesemuanya dalam tempoh masa yang singkat. Ianya menuntut masa yang lama. Oleh sebab itu kita hendaklah menghargai perwatakan setiap individu kerana masing2 ada kelebihan yang dapat kita gunakan. Dari sini kita dapat melatih diri kita agar bersangka baik sesama manusia.
Tidak ada sudahnya kita memikirkan tentang kelemahan2 seseorang kerana manusia itu tidak dijadikan sempurna. Tetapi, kita boleh berusaha untuk menjadi sempurna. Hendaklah tanpa perasaan riya' dalam diri. Siapa kita untuk berasa diri melebihi daripada orang lain. Hakikat penciptaan kita adalah sama. Dari air mani yang hina. Kita tidak mengetahui akan nasib kita di akhir penghidupan. Samada beriman mahupun kufur. Ya Allah... Jauhkanlah kami dari kekufuran. Apa yang kita mampu lakukan adalah berdoa agar di akhir penghidupan kita adalah beriman kepada Allah Ta'ala. SELAMAT BERIBADAT.
WALLAHUA'ALAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan