Ahad, 28 Mac 2010

Bismillah...

Kehidupan hari ini menuntut umat Islam berfikir, bersungguh-sungguh dan sabar untuk menghadapi dunia yang kian pesat pembangunan teknologinya. Manusia tidak lagi menghiraukan undang-undang Pencipta dunia. Apa yang menjadi tumpuan manusia hari ini adalah bagaimana untuk menjadi paling berkuasa atas muka bumi ini. Sekiranya apa yang dibawa adalah benar, tidak bercanggah dengan apa yang telah ditetapkan, tidak mengapa. Tetapi, apa yang paling ditakuti tampuk pemerintahan atau kuasa dunia dipegang oleh orang-orang yang tidak mengerti siapakah Pencipta dunia yang sebenar. Bagaimana kita seorang yang bergelar Muslim sewajarnya berperanan dalam hal ini?

Teruskan apa sahaja usaha yang anda lakukan sekarang ke arah pembaikan diri dan umat Islam sejagat. Mudah-mudahan ianya dipandang oleh Allah s.w.t.

Ingatlah wahai saudara dan saudari, Allah tidak melihat kemenangan kita, tetapi Allah melihat apa yang telah kita usahakan. Fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan